Pemakanan Sunnah: Antara Ibadah dan Kesihatan

Menjaga kesihatan merupakan wujud tanggungjawab dan rasa syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan. Sebagaimana sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam,

“Sesungguhnya tubuhmu memiliki hak atasmu.”

Tubuh yang sihat akan menyokong ibadah, aktiviti, dan amal kebaikan kita. Melalui pemakanan sunnah, kita berusaha menjaga hak tubuh dengan mengenal pasti keadaan kesihatan lebih awal, mencegah penyakit, dan meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik. Dan menjaga kesihatan agar menjadi mukmin yang kuat fizikal dan imannya adalah anjuran agama Islam. 

Dari Rifa’ah bin Rafi’ berkata, “Abu Bakar Ash-Shiddiq berdiri di atas mimbar lalu menangis. Kemudian dia berkata: ‘Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada tahun pertama hijrah berdiri di atas mimbar, lalu menangis, dan bersabda: “Hendaklah kamu memohon kepada Allah ampunan dan keselamatan/kesihatan. Setelah dikurniakan keyakinan (iman), sesungguhnya seorang hamba tidak diberikan kurniaan yang lebih baik daripada keselamatan/kesihatan.” (HR. Tirmidzi no. 3481)

Dalam pandangan Islam, kesihatan bukanlah sekadar ketiadaan penyakit, tetapi juga merangkumi keadaan fizikal, mental, dan sosial yang seimbang. Islam mengajar umatnya untuk menjaga tubuh, mengonsumsi makanan yang halal dan sihat, serta menjalani gaya hidup yang sihat mengikut petunjuk Al-Qur’an dan hadis Nabi Muhammad SAW. 

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an, “Dan janganlah kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (QS. An-Nisa: 29).

Ayat ini menunjukkan bahawa menjaga kesihatan tubuh adalah sebahagian daripada kewajipan setiap Muslim, kerana tubuh adalah amanah dari Allah yang mesti dijaga dengan baik.

oleh Ummu Ebtesam Khair, Lc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *