Mengapa Rasulullah ﷺ Menggalakkan Pengambilan Madu
Madu termasuk makanan yang Allah Ta’ala sifatkan bahawa di dalamnya terdapat ubat bagi manusia daripada sebahagian penyakit. Hal itu ada pada Firman-Nya Azza Wajalla:
“Dan Tuhanmu menurunkan wahyu kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia”. kemudian makanlah dari setiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” [An-Nahl/16: 68-69]
Begitu pula dengan perkataan salah satu sahabat, Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu anhu berkata, “Hendaklah kalian (berubat) dengan dua ubat penyembuh, iaitu Al-Qur’an dan madu.” (Ibnu Abi Svaibah 23689)
oleh Ummu Ebtesam Khair, Lc



Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.