About Us
Cerita Syarikat
- Visi
Menjadi jenama rujukan pemakanan sunnah yang dipercayai, berintegriti dan memberi manfaat berterusan kepada masyarakat. - Misi
- Menyediakan produk pemakanan sunnah berkualiti tinggi
- Mengamalkan perniagaan yang patuh syariat dan beretika
- Memberi pendidikan dan kesedaran melalui perkongsian ilmu
- Membina kerjasama jangka panjang bersama pelanggan dan rakan niaga



We Deal With Various Quality Organic Products!

Founder & Chief Executive Officer
Ustaz Johari bin Abdul Wahab merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Herbaorganics Group. Dengan latar belakang minat mendalam terhadap pemakanan sunnah dan perniagaan beretika, beliau menekankan prinsip amanah, ilmu dan tanggungjawab dalam setiap aspek operasi syarikat.
Dilahirkan pada 30 September 1979 di Bagan Dalam, Pulau Pinang, Ustaz Johari
Abdul Wahab menerima pendidikan dalam bidang pengajian Islam di Universiti Abu
Bakar, Karachi, Pakistan serta Darul Hadith, Ma’rib, Yaman. Pendedahan pendidikan
ini membentuk pendekatan beliau yang berteraskan kefahaman ilmu, disiplin dan
ketelitian dalam setiap keputusan yang dibuat.
Dengan pengalaman lebih 10 tahun sebagai pembekal madu asli dan makanan
sunnah yang dipercayai, beliau berpegang teguh kepada prinsip ketelusan sumber,
kejujuran penerangan dan larangan dakwaan melampau. Di bawah kepimpinan
beliau, Herbaorganics Group komited untuk menyediakan produk yang berkualiti,
patuh syariat dan memberi manfaat kepada masyarakat secara berterusan, demi
keberkatan jangka panjang.
